Friday, July 24, 2015
Ikan Patin
Ikan Patin atau nama saintifiknya Pangasius Sutchi adalah spesis ikan air tawar jenis meserba yang mendiami kawasan-kawasan sungai dan lombong-lombong.
Bentuk fizikal utamanya adalah mempunyai dua sengat di kiri kanan dan satu di belakang badan, tidak bersisik dan lembut. Saiznya boleh mencecah 1 meter panjang dan beratnya boleh menjangkau 20kg. Diet utama spesis ini adalah anak-anak ikan, buah-buahan sungai, udang dan bangkai binatang.
Ikan ini pernah mencetuskan kontroversi di Malaysia kerana harganya yang boleh mencecah RM180.00 sekilogram terutamanya di sekitar negeri Pahang. Ikan Patin di Pahang terkenal dengan keenakan dan kelembutannya kerana mempunyai persekitaran yang sesuai sebagai habitat ikan ini. Masakan yang menjadi identiti bagi ikan ini adalah gulai masam tempoyak. Ikan patin sungai mempunyai nilai komersial yang tinggi dan ada yang diternak di kolam-kolam (patin kolam) dan di sangkar-sangkar (patin sangkar). Terdapat beberapa jenis ikan patin yang biasa dikenali antaranya ialah:
Patin Kolam (Biasanya berwarna hitam)
Patin Sangkar (Biasanya berwarna hitam dan putih)
Patin Sungai (Biasaya berwarna cerah atau kelabu)
patin Buah
Patin Mucung
Patin Juara
Harga pasaran patin
Ikan patin sangkar RM10-RM14
ikan patin suungai RM180
(Ikan Patin sungai)
Friday, March 6, 2015
We will come out and publish more intrresting fact about fish . do check us back later
Admin :)
Wednesday, July 11, 2012
Cara Membiakkan Ikan Laga
LANGKAH PERTAMA: Kenalpasti Jantina
Cara nak kenalpasti ikan laga jantan dan ikan betina senang je. Biasernya ikan jantan ekor die panjang, warna lebih terang, dan lebih agresif. Tapi sekarang ni para penternak dah hasilkan betina yang ekor panjang dan warna yang terang. Jadi untuk kenal pasti ikan laga betina ialah melalui abdomen dan juga biji putih di bahagian anusnya.
LANGKAH KEDUA : Pilih Induk Yang Matang
Untuk membiakkan ikan laga, anda mesti memastikan induk yang akan dibiakkan adalah matang. Ikan laga biasenya dah matang bila mencapai umur 4 bulan sekiranya diberi makanan yang secukupnya. Tapi anda boleh memerhatikan ikan laga tersebut.
Jantan
Induk jantan yang matang dan bersedia untuk membiak akan membuat buih di permukaan..tuh maknenya dia tengah ‘hot’ arr tuh.
Betina
Bagi yang betina pula, anda perlu perhatikan perut atau abdomennya. Induk ikan laga betina yang bersedia untuk dibiakkan mempunyai perut yang buncit dan terdapat biji putih di bahagian anusnya.
LANGKAH KETIGA: Sediakan Tangki Yang Sesuai
Bagi kaedah pembiakan, anda perlu menyediakan tangki yang selesa sekurang-kurangnya bersaiz 1 kaki x 1 kaki x 1 kaki. Anda boleh menggunakan macam-macam contohnya akuarium, baldi, dan sebagainya. Lagi besar lagi bagus kerana tangki yang besar boleh meningkatkan peluang anak-anak ikan untuk hidup. Masukkan air lebih kurang 4,5 inci dari dasar. Jangan letak air terlalu dalam, nanti payah induk-induk tu nak kutip telur. Dalam tangki tu kalau boleh letak la sikit perlindungan untuk induk betina macam kayu atau pokok kiambang. Mana tahukan kot-kot yang jantan ganas. Senangla induk betina nak menyorok bila kena kejar. Satu petua nak kongsi dengan anda semua, anda boleh meletakkan daun ketapang kering atau nama saintifiknya almond leaf ke dalam tangki tu..daun ketapang ni macam tongkat ali atau booster la untuk ikan ni..air akan jadi berasid dan sesuai untuk pembiakan..die lagi gersang..dan cepat membiak. Untuk meransang pembentukan buih oleh jantan, sebaiknya letak la polistrene atau kiambang untuk mengekalkan buih tuh sebab ikan akan suka buat buih di bawahnya.
LANGKAH KEEMPAT: Masukkan Induk Betina Selepas Induk Jantan Buat Buih
Sekiranya anda nampak induk jantan telah buat buih. Maknanya dia telah bersedia untuk mengawan. Buih tu sebenarnya adalah sarang. Selepas jantan buat buih masukkan la induk betina. Induk jantan dan betina nie sebaiknya dicampurkan atau dikahwinkan di awal pagi. Mula-mula anda lepaskan induk betina, induk jantan akan mengejar induk betina. Tapi jangan risau, sang jantan tu dah lama sangat mengidam kat induk betina tu. Biasanya menjelang tengahari ikan nie akan melakukan ritual peneluran..ikan jantan akan menari dengan mengibaskan ekornya, membelit betina dan mengutip telur dan memasukkannya ke dalam buih..’projek’ nie akan berlaku dari setengah jam hinga sejam..selepas ‘projek’ tu dah selesai, eloklah anda alih yg betina dan tinggalkan yang jantan sahaja..sebab jantan akan jaga telur dan anak-anak ikan nanti. Induk betina pula akan makan telur atau anak, tapi tak semua la induk betina akan makan telur atau anak. Jadi untuk selamat, lagi mudah anda asingkan je.
Telur tu akan menetas dalam masa 24jam hingga 36jam bergantung pada suhu semasa..sebaiknya letak di atas kayu atau rak..jangan letak atas simen..sejuk..mati ikan nanti. Selepas sehari anak ikan menetas, anda boleh samaada nak asingkan induk jantan atau tidak. Kalau anda tengok induk jantan ni makan anak, anda kena asingkan cepat-cepat. Tapi kalau tak makan, tak perlu asing la sebab induk jantan ni akan jaga dan pastikan tangki anda tidak dipenuhi jentik-jentik. Jentik-jentik ni boleh makan anak-anak ikan.
LANGKAH KELIMA: Penjagaan anak
Anak2 ikan laga perlu diberi makan selepas 3 hari mereka menetas, seeloknya rotifer disamping air hijau sebagai supplemen..kebaikan air hijau ni die akan melindungi badan anak ikan dari penembusan cahaya matahari yang boleh merosakkan mata dan organ anak ikan tersebut. Air hijau nie sebenarnya mengandungi phytoplankton bernama chorella secara majoritinya, tapi ada gak banyak species lain yg ada. Ia boleh didapati dari air ternakan ikan tilapia, ikan keli.
Selepas seminggu cuba ar dapatkan moina atau artemia untuk peringkat pemakanan seterusnya..ikan laga nie akan makan apa sahaja yang muat dengan mulutnye..satu lagi tips ikan laga nie akan lagi cantik dan cepat membesar jika diberi makanan hidup seperti jentik-jentik ataupun frozen blood worm.
Ikan Baung
Ikan Baung atau nama saintifiknya Mystus spp. adalah tergolong dalam ikan air tawar yang terdapat di negara-negara ASEAN termasuk di Malaysia.
Ikan baung terdapat dalam sungai termasuk sungai Kalimantan Tengah dan ukurannya mampu mencapai 20 kg. Umpan yang digunakan untuk memancing ikan ini biasanya adalah induk semut (rangrang) yang berwarna hijau terang, satu kail biasanya dikaitkan 5 hingga 10 ekor induk semut tersebut, atau mengunakan cacing tanah yang besar atau usus ayam. Menurut penduduk setempat ikan baung sekitar 60-an ke bawah memancing ikan ini dengan sabun.
Ikan baung biasanya dielakkan sekiranya berlaku kecelakaan di sungai karena pernah dijumpai jari manusia di dalam perut ikan baung. Tapi rasa ikan baung ini tidak ada bandingnya apalagi selepas dibakar atau dipesmol (acar kuning).
Monday, June 20, 2011
Arapaima Gigas
Syarat Hidup Arapaima
pH: 6.7 (5.8 -7.2)
GH: 8 (2 -12) (skala Jerman)
Temperatur: 24 - 30 °C
Panjang Maksimum: 450 cm
Pakan: pakan hidup
Reproduksi: egg layer - mouthbrooder
Cahaya: terang tanpa sinar matahari
Temperamen: tidak direkomendasikan untuk pemula
Zone Renang: atas
Set up Akuarium: akuarium dengan bebatuan, tanaman dan kayu-kayuan.
Arapaima memilki "lidah" sepangang kurang lebih 15 cm pada saat dewasa dan betulang, permukaannya kasar dan sering digunakan oleh penduduk setempat sabagai "amplas" atau kikir untuk menghaluskan permukaan kayu.
Pada saat air dilingkungan ikan ini menyusut, dan kadar oksigen menurun, arapaima akan menghirup udara langsung dari atomosfer. Dan apabila air dilingkungannya kering, ia akan menggulungkan diri membentuk bola, dan membenamkan diri dalam lubang sampai air kembali datang.

Labels:
ikan besar
Ikan Talapia
Ikan Tilapia merupakan nama umum bagi hampir seratus spesies ikan cichlid dari puak biologi tilapiine cichlid. Tilapia mendiami pelbagai kawasan air tawar dan, sekali-sekala, habitat air payau bermula dari alur anak sungai kecil dan kolam sehingga sungai, tasik, dan muara. Kebanyakan ikan tilapia merupakan haiwan maserba dengan kecenderungan pada bagi tumbuhan rumpair lembut dan detritus. Dari segi sejarah tilapia merupakan ikan tangkapan penting di Afrika dan Levant, dan menjadi semakin penting dalam akuakultur di sekeliling dunia (lihat akuakultur tilapia). Di mana tilapia telah diperkenalkan secara sengaja atau tidak sengaja, ia semakin menjadi spesies ceroboh yang bermasalah (lihat tilapia sebagai spesies eksotik).
Secara umumnya ikan talapia amat di kenali di Malaysia. Ikan ini hidup di sungai,di tasik dan paya yang dalam airnya melebihi 1 meter.Diet ikan talapia terdiri daripada rumpair,plankton ,udang kecil,dan cacing tanah.
Terdapat dua jenis ikan talapia di Malaysia iaitu ikan talapia merah dan talapia hitam.Di malaysia ikan talapia bankyak diternak oleh penternak ikan air tawar.Ikan ini di ternak di dalam kolam .Ikan talapia yang di ternak akan diberi makan pellet ikan mengikut peringkat umur ikan tersebut .Ikan ini mengambil masa yang agak singkat untuk membesar iaitu kira-kira 4-6 bulan ikan ini sudah mencapai dewasa.
Talapia Hitam
Adakah post di atas menarik ? Jika ya tunjuk penghargaan anda dengan klik iklan atau link di bwah ini .Tiada sebarang caj dikenakan jika anda klik ..Terima Kasih

Saturday, June 18, 2011
Haruan
Haruan merupakan ikan yang digemari di kalangan kaki pancing di negara kita ini . Ikan ini mudah di pancing menggunakan katak,cicak,katak getah,katak kipas dan boleh di pancing dengan menggunakan pelbagai jenis gewang selaman sederhana dan gewang permukaan. Walaupun daya juangya tidak seperti ikan-ikan yang membaham gewang di muara ,namun pemancing akan berasa puas dengan menangkap haraun ini menggunakan joran dengan kaedah "casting".Haruan mendiami kawasan yang kurang dalam seperti di lopak,paya,parit,dan di kolam.Haruan merupakan spesis yang aktif pada waktu pagi dan lewat petang .
Katak getah yang dipercayai mujarab.
Ikan Haruan
Jika suka post di atas klik iklan di bwah ini klik je tak rugi apa2 ..tq

haruan
Haruan (Channa Striatus)
Ikan Haruan ialah sejenis ikan air tawar jenis karnivor. Ia merupakan spesies asli hutan hujan tropika boleh hidup dalam air payau dan biasa didapati di negara-negara rantau Asia Tenggara. Ia terbahagi kepada dua jenis iaitu bersaiz besar dinamakan Ikan Toman (Channa melanostoma) dan yang kecil ikan haruan (Channa striatus).
Terdapat 30 spesies ikan haruan di dunia dengan lapan jenis terdapat di Sarawak, dua di Sabah dan empat di Semenanjung Malaysia. Ikan Toman, Bujuk dan Haruan adalah dalam satu keluarga tetapi berlainan spesies.
Ikan Haruan dewasa menunjukkan perlakuan monogami selain mempunyai daya penguasaan wilayah yang cukup kukuh. Ikan Haruan boleh hidup dalam air yang bertakung, bergerak perlahan, cetek dan berlumpur. Bagaimanapun, kebiasaannya Haruan boleh didapati di kolam, sungai, tasik, terusan pertanian, sawah dan muara sungai. Berat kebiasaannya ikan Haruan hanyalah sekitar satu kilogram.
sumber :http://ms.wikipedia.org/wiki/Ikan_Haruan
Jika suka post di atas klik link di bwah ini kli je tak rugi apa2 ..tq

Friday, April 8, 2011
Malaysia Golden Arowana
Ianya adalah salah satu spesis yang paling mahal bagi jenis arowana asia. Ada banyak pilihan daripada jenis Arowana Emas Malaysia seperti Arowana 'Golden Bluebase' iaitu boleh dikenali dengan mengamati berdasarkan skala warna metalik biru dan sejenis lagi dengan warna emas mengelilingi belakangnya atau semua keseluruhan badannya keemasan, ianya dikenali sebagai Arowana 'Golden Crossback', jika ianya mempunyai badan setengah emas pula dikenali sebagai Arowana Highback dan juga sejenis lagi dikenali sebagai 'Super Highback'.
Labels:
Ikan hiasan
Super Red Arowana
Ini juga merupakan salah satu ikan yang popular di kalangan semua Arowana Asia, terutamanya kerana warnanya begitu menyerlah sekali. Dengan sirip merah muda dan begitu juga dengan bibir merah serta sisiknya, boleh dikatakan semua penggemar tidak mampu menahan godaan untuk memiliki salah satu daripada mereka. Dalam beberapa tahun terakhir ini semua jenis ikan arowana merah ini dikumpulkan bersama-sama dan dipanggil 'Super Red atau Merah Kelas Pertama'
Labels:
Ikan hiasan
Silver Arowana
Silver Arowana (Osteoglossum bicirrhosum) berasal dari Amazon Basin. Ianya mempunyai sirip dan ekor yang panjang dan sisiknya dipenuhi dengan warna perak, dan biasanya ikan arowana perak ini adalah jenis arowana kelas yang paling ekonomi jika dibandingkan dengan jenis-jenis spesis Arowana yang lain serta ianya juga senang dipelihara. Terdapat juga spes
Labels:
Ikan hiasan
Red Tail Golden Arowana
Kebanyakan Red Tail Golden Arowana akan mempunyai warna emas disisiknya mencapai baris keempat dan sekiranya sisik yang lebih baik akan mempunyai warna emas itu mencapai baris kelima. Terbaik mengenai spesis ini adalah sisiknya akan bersilang terus di belakang badannya sehingga sisik yang keenam. Jenis ini juga agak mahal dipasaran kerana keunikan sisiknya yang dipanggil Super highback.
Labels:
Ikan hiasan
Green Arowana
Arowana Hijau atau digelar ‘Green Arowana’ memiliki tubuh hijau kelabu gelap dengan ekor bergaris hijau kekelabuan. Bentuk kepelbagaian ini adalah sebuah perbezaan besar dibandingkan dengan pilihan-pilihan lain dengan kepala atau porsi mulut yang lebih besar dan bulat. Ini adalah salah satu spesis yang paling banyak di Asia dimana ianya banyak terdapat di Malaysian , Indonesia, Thailand dan lain-lain. Harganya juga amat berpatutan dan senang dibiakkan.
Labels:
Ikan hiasan
Banjar Red Arowana
Banjar Red Arowana mirip dengan Yellow Tail atau Green Arowana, ekor bulat berwarna merah dan skala warna hijau metalik. Ini adalah Arowana yang paling mudah didapati dengan harga berpatutan serta warna juga sangat menarik. Pencinta Arowana ini juga menggelarkan namanya sebagai Arowana Kelas Merah Kedua.
Labels:
biak ikan
Platinum Arowana
Platinum Arowana dihasilkan menggunakan teknologi canggih dimana hasil kacukan baka-baka ikan arowana yang terbaik di dunia. Ianya juga merupakan ikan arowana yang termahal di dunia yang pernah dihasilkan. Ianya jarang sekali ditemui, ini kerana hanya pengusaha yang mempunyai teknologi tersebut boleh membiakkan ikan jenis ini.
Malah permintaannya adalah amat tinggi sehingga mencecah ratusan ribu ringgit. Kebanyakan ikan ini dibeli oleh pasaran luar seperti Jepun, Korea, China dan negara-negara barat.
Sumber:arowana2u
Labels:
Ikan hiasan
Penternakan Ikan Tilapia
PEMILIHAN TAPAK
Lokasi yang dipilih akan menentukan keupayaan muatan sangkar (carrying capacity) kerana kualiti air bergantung kepada keadaan persekitaran luar sangkar. Aliran air menerusi sangkar semasa bekalan air dari empangan, tiupan angin atau pergerakan ikan dalam sangkar akan menambahkan oksigen terlarut dan mengeluarkan bahan buangan dari dalam sangkar.
Antara faktor penting yang telah diberi perhatian semasa pemilihan tapak pemasangan sangkar bagi ternakan ikan tilapia merah ialah kualiti air, kedalaman air dan kelajuan air.
Kualiti air dan persekitaran yang baik memberi kesan terhadap pembesaran ikan tilapia dengan cepat bagi sistem ternakan secara intensif. Sebagai panduan parameter-parameter yang dianalisis dan diperlukan bagi kesesuaian ternakan ikan tilapia merah ( Oreochromics niloticus ) adalah :
i. Suhu air - 20-35 0 C ( Optimum 28-32 0 C )
ii. pH air - 6-8
iii. Oksigen terlarut - lebih dari 2.5 ppm
iv. Karbon dioksida - kurang dari 2.5 ppm
v. Ammonia - kurang dari 1.0 ppm
vi. Kemasinan - 0-20 ppt
Kedalaman air antara 3 – 5 meter dalam terusan/taliair Utama memang sesuai untuk ternakan ikan tilapia dalam sangkar.
Kedalaman air melebihi 1 meter antara permukaan terusan adalah masih sesuai bagi ternakan ikan dalam sangkar.
Ini bagi mengurangkan kemungkinan jangkitan bakteria patogenik terhadap ikan yang terdapat di dasar permukaan terusan/taliair. Kedalaman air 2-3 meter dalam terusan/taliair Sekunder sesuai untuk ternakan ikan dalam sekatan/kandang (pen culture).
Kelajuan arus air yang disyorkan adalah antara 10-25 cm/saat bagi memastikan pertukaran air yang baik. Sekiranya kadar kelajuan terlalu perlahan, berlaku kekurangan oksigen terlarut dan ikan yang diternak akan mengalami ketegasan (stress) serta mati.
Jika kelajuan air terlalu kuat, ikan tilapia perlu menggunakan tenaga yang berlebihan untuk berenang melawan arus dan sebahagian daripada makanan akan mudah hilang dibawa arus kuat.
REKABENTUK DAN PEMBINAAN SANGKAR
Modul sangkar yang digunakan mengandungi 20 petak sangkar pada setiap ‘array’. Saiz kerangka bagi satu petak sangkar adalah 3.45m x 3.45m iaitu 3.45m panjang dan 0.45m tinggi. Struktur kerangka sangkar menggunakan bahan plastik HDPE (High density polyethlene ). Saiz mata pukat 25.0 mm yang digunakan sesuai untuk pertukaran air yang maksimum. Kedalaman jaring pukat kurungan ikan adalah antara 1.8 – 2.0 meter. Isipadu jaring kurungan ikan dalam sangkar bersaiz 3 m x 3 m adalah antara16-18 meter padu. Sangkar yang menggunakan kerangka besi (G.I Pipe) bersaiz 6 m x 6m boleh digunakan bagi mengurangkan kos.
PENGURUSAN ANAK IKAN TILAPIA MERAH
Pengurusan anak ikan tilapia secara sempurna boleh mengurangkan kos pengeluaran dan menemdekkan tempoh masa ternakan kepada 4-5 bulan. Kebiasaanya, anak ikan tilapia berumur 2-3 bulan bersaiz 50-70 gm seekor dipindah ke sangkar ternakan. Terdapat tiga peringkat pengurusan anak ikan tilapia merah yang perlu diberi perhatian iaitu pengasuhan anak ikan, pelepasan stok dan pemilihan serta pengasingan anak ikan mengikut saiz.
PENGASUHAN ANAK IKAN TILAPIA MERAH
Anak ikan yang bersaiz 2.5-5.0 cm perlu diasuh dahulu sebelum dilepas ke dalam sangkar atau kolam ternakan. Tujuan pengasuhan adalah untuk memilih anak ikan yang sihat, cepat membesar dan bersaiz seragam (50-70 gm seekor) serta memastikan agar anak ikan tidak terkeluar dari sangkar. Pengasuhan anak ikan tilapia merah boleh dilakukan di dalam kolam tanah dan dalam sangkar menggunakan ’haba’.
KADAR PELEPASAN BENIH
Kadar pelepasan benih (stoking rate) bergantung pada peringkat pembesaran dan mengikut keperluan saiz ikan tilapia dalam pasaran. Selalunya pada peringkat awal, anak benih bersaiz kecil antara 2.5 – 5.0 cm perlu diasuh selama 60-90 hari. Kerjakerja asuhan boleh dilakukan di dalam sangkar dan kolam tanah. Kadar pelepasan anak ikan tilapia dalam sangkar,peringkat asuhan antara 3,000 – 4,000 ekor sesangkar. Kadar pelepasan anak ikan peringkat asuhan dalam kolam tanah adalah 350-450 ekor semeter persegi. Setelah mencapai saiz 7-10cm (50-70 gram seekor), anak benih ikan tilapia sesuai dipindahkan ke sangkar ternakan dengan jumlah 500 ekor setiap sangkar bagi sangkar bersaiz 3 m x 3 m manakala sangkar bersaiz 6 m x 6 m jumlah benih yand dimasukan adalah 2,000 ekor .
KADAR PEMBERIAN MAKANAN IKAN
Kadar pemberian makanan ikan mesti diubah setiap bulan dengan mengambil kira anggaran berat badan ikan di dalam sangkar. Cara yang baik adalah dengan menangkap 5-10 ekor ikan tilapia setiap sangkar dan ditimbang bagi mendapatkan purata berat badan seekor pada hari berkenaan. Seterusnya dikira jumlah makanan setiap sangkar mengikut anggaran 3-5% dari berat badan bagi keperluan setiap sangkar.
PENUAIAN HASIL IKAN TILAPIA
Ikan tilapia dituai apabila mencapai saiz 500-600 gm seekor. Bagi pasaran restoran, keutamaan diberi kepada ikan yang bersaiz melebihi 600 gm seekor dalam bentuk ikan hidup. Manakala ikan yang bersaiz antara 450-500 gm seekor lebih sesuai untuk pasaran tempatan(pasar tani dan pasar malam). Benih tilapia yang bersaiz 7- 10cm(50-70g) diternak dalam sangkar selama 5-6 bulan untuk mencapai saiz purata 600 gm seekor. Kadar pelepasan ikan tilapia pada setiap sangkar adalah sebanyak 650-850 ekor dan anggaran hasil yang dituai adalah antara 350-400 kg sesangkar. Penuaian ikan hendaklah dilakukan dengan baik untuk mengelakan ikan terkejut(stress).
PEMASARAN IKAN TILAPIA
Pada masa ini pasaran ikan tilapia di kawasan MADA hanya tertumpu untuk kegunaan dalam negeri sahaja. Pemasaran ikan tilapia dilakukan melalui dua kaedah iaitu pemasaran ikan hidup dan mati. Ikan yang dijual secara hidup mendapat harga lebih tinggi daripada ikan mati.
Harga jualan borong ikan adalah antara RM4.00-RM4.50 sekilogram dan manakala harga runcit adalah RM5.00- RM6.00 sekilogram.
http://usahawanbumiputera.com

Perikanan
Sesiapa yang berminat tentang ikan ketutu klik laman ini : k22.goby.blogspot.com
Labels:
Bela ikan
Panduan pembenihan ikan Arowana
IKAN Arowana atau Scleropages formousus ialah sejenis ikan hiasan yang sangat popular dan agak tinggi harganya.
Disebabkan aktiviti penangkapan yang berleluasa sejak 70-an sehingga kini, jumlah populasinya di habitat asal semakin berkurangan dan pupus. Oleh kerana itu spesies ikan ini telah dilindungi sebagai spesies kawalan untuk diimport dan dieksport di bawah Convention on the International Trade in Endargered Species of Wild Fauna and Flora (CITES) .
Di Malaysia, aktiviti penternakan ikan Arowana juga turut dijalankan secara komersial untuk tujuan eksport ke pasaran antarabangsa dan antara agensi yang terbabit ialah Jabatan Perikanan. Secara semulajadi, ikan ini membiak sekali dalam setahun iaitu pada Jun hingga Ogos di habitat asalnya.
Arowana matang boleh membiak apabila mencapai umur empat setengah atau lima tahun dengan berat di antara satu hingga dua kilogram. Semasa proses mengawan, induk jantan dan betina akan berpasangan dan berenang beriringan selama beberapa minggu namun proses mengawan hanya akan berlaku apabila keadaan sesuai.
Induk jantan akan melengkungkan badannya dan menghimpit badan induk betina dan pada peringkat ini, telur dari induk betina akan keluar dan akan disenyawakan oleh induk jantan. Telur akan dieram oleh ikan jantan selama dua bulan sehingga anak yang dihasilkan boleh berenang bebas dan bersaiz kira-kira 6-7 sentimeter. Ikan Arowana boleh membiak didalam kurungan secara semula jadi tanpa memerlukan suntikan hormon aruhan pembiakan.
Musim pembiakan di dalam kurungan tidak begitu ketara kerana kurang dipengaruhi oleh persekitaran semula jadi. Namun, aspek pemakanan perlu diberikan perhatian sebaik saja anak ikan mulai berenang bersendirian walaupun masih terdapat sedikit yolk di bahagian bawah perutnya.
Kelewatan memberi makanan akan menyebabkan anak ikan mencederakan sesama sendiri. Asuhan anak ikan diperlukan selama dua hingga tiga bulan sehingga anak ikan mencapai saiz 15-20 sentimeter dan sesuai dipasarkan. Bagaimanapun, eraman telur oleh induk jantan secara kaedah pembiakan semula jadi di dalam kolam akan mengurangkan kadar hidup anak Arowana.
Justeru, kaedah terbaik bagi menjamin peratusan hidup anak ikan yang tinggi ialah menerusi kaedah in vitro. Pengeraman In-Vitro Menerusi kaedah ini, telur ikan yang sedang dieram oleh induk jantan dan masih mempunyai yolk sac dikeluarkan secara manual dan diasuh di dalam akuarium berukuran 90 x 45 x 45 sentimeter.
Pengudaraan diberikan secukupnya dengan suhu ditetapkan pada tahap di antara 27 hingga 28 darjah Celcius dengan memasang pemanas elektrik. Kedalaman air adalah kira-kira 20 sentimeter dan melalui kaedah ini kadar peratusan hidup anak ikan adalah tinggi berbanding kaedah eraman semula jadi. Arowana sesuai membiak dalam iklim khatulistiwa dengan suhu diantara 26 hingga 33 darjah Celsius.
Bagi pembiakan dalam kolam, jenis tanah liat berpasir dengan kandungan tanah liat 55 peratus hingga 60 peratus adalah amat sesuai. Bekalan air diperlukan sepanjang tahun dari sumber semula jadi sama ada air bukit, sungai, empangan dan tasik. Kualiti air yang diperlukan adalah seperti berikut: Suhu air: 29 hingga 31 darjah Celcius pH: 6.5-8.5 Oksigen terlarut: 5ppm Alkaliniti: 60-100 ppm CaCO3 Jumlah keliatan: 100ppm Bacaan piring Secchi: 30 sentimeter Ammonia: 1ppm Aspek lain yang turut diberi perhatian dalam aktiviti penternakan ialah pembinaan dan penyediaan kolam.
Antaranya: Pemilihan Tapak Tapak yang sesuai ialah kawasan yang tidak mengalami banjir, jauh dari kawasan industri dan punca pencemaran, tiada persaingan aktiviti pertanian dan perindustrian serta mempunyai prasarana yang lengkap.
Pembinaan kolam Bentuk kolam yang sesuai ialah segi empat dengan nisbah kecerunan ban 2:1. Bagi memudahkan pengurusan, keluasan kolam yang sesuai ialah di antara 0.2-0.4 hektar dengan kedalaman air 0.75-1.2 meter. Dasar kolam hendaklah rata dan cerun ke arah saluran air keluar.
Pembinaan kolam takungan di antara 20 hingga 30 peratus dari jumlah keseluruhan kolam adalah digalakkan bagi menjamin punca bekalan air yang mencukupi dan proses rawatan air dilakukan jika perlu. Pengapuran Kolam yang dibina hendaklah dipastikan menepati parameter kualiti tanah dan air serta sesuai bagi aktiviti ternakan.
Pengapuran diperlukan jika keadaan tanah berasid dan jenis-jenis kapur yang sesuai ialah kapur pertanian, kapur abu sejuk, kapur abu panas dan dolomite. Pembajaan Baja organan dan bukan organan sesuai digunakan dan kepekatan nitrogen dan fosforus yang sesuai ialah masing-masing 0.95ppm dan 0.15ppm. Terdapat beberapa kaedah ternakan ikan Arowana yang dicadangkan antaranya ialah ternakan kolam tanah.
Berikut adalah keperluan asas dalam melaksanakan sistem ternakan berkenaan. Ternakan Induk Untuk tujuan pembiakan, induk Arowana jantan dan betina diternak dalam kolam yang telah disediakan terlebih dahulu dengan aspek sumber air semula jadi di beri perhatian yang utama. Arowana jarang dijangkiti penyakit namun, pemerhatian perlu sentiasa dilakukan supaya induk Arowana sentiasa sihat.
Taburan Sebanyak 20 ekor induk berumur empat tahun dipelihara di dalam dua buah kolam ternakan tanah bersaiz 0.2 hektar dengan nisbah jantina 1:1. P
emakanan Bagi induk ikan, makanan perlu diberi dua kali sehari iaitu pada waktu pagi dan petang dengan jenis makanan rumusan terapung yang mengandungi protein sebanyak 35 peratus atau makanan jenis hidup seperti cengkerik, anak ikan dan udang gantung.
Anak ikan yang telah berenang bebas dalam akuarium pula perlu diberi makan anak-anak ikan jenis lain seperti Gambusia affinis yang bersaiz 1-2 cm. Pemerhatian berkala ke atas ikan Arowana dewasa atau induk hendaklah dilaksanakan dengan menumpukan kepada ciri-ciri proses Arowana mengawan dan dilakukan secara kaedah menangkap menggunakan pukat. Telur yang sedang dieram oleh Arowana jantan hendaklah dikeluarkan untuk eraman selanjutnya menggunakan kaedah in-vitro yang dijalankan dalam tangki akuarium.
Pungutan Hasil Bagi ternakan secara semula jadi, anak ikan perlu ditangkap apabila mula dilihat berenang bebas dan disimpan di dalam tangki auarium dengan saiz bersesuaian. Bagi kaedah in-vitro pula, anak ikan yang berenang bebas tanpa yolk sac perlu diasingkan bagi mengelakkan ia di makan oleh ikan lain dan diberi makanan hidup sehingga mencapai saiz 5-7 cm sebelum dipasarkan.
Pasaran Harga ikan meningkat berdasarkan saiz namun bagi pasaran tempatan, harga ikan berbeza mengikut lokasi dan secara puratanya bagi ikan yang berkualiti di antara RM250 hingga RM900 pada saiz 6-9 inci. Bagi pasaran eksport, syarikat atau individu mestilah berdaftar dan memiliki Lesen Import dan Eksport SKKP Pin.91 yang dikeluarkan oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan juga Permit CITES.
Berdasarkan analisis LKIM, pelaburan ke atas projek ini agak besar yang mana kos bagi memulakan ternakan Arowana di atas tanah seluas 0.25 hektar dianggarkan sebanyak RM139,392 dengan kelengkapan paling minimum. Pulangan atau hasil pula hanya akan diperoleh pada tahun keempat atau kelima namun bergantung kepada tahap baka induk yang baik, pemakanan dan pengurusan.
Nilai pasaran ikan Arowana juga dipengaruhi oleh cita rasa peminat ikan tersebut namun ketika ini, permintaan serta harganya masih tinggi terutama bagi pasaran antarabangsa. Secara umumnya ketika ini tidak ramai yang mampu menceburi bidang pengeluaran benih ikan ini kerana modal permulaan dan operasi yang agak tinggi termasuk mengambil masa yang agak lama untuk membiak iaitu kebiasaannya pada umur lima tahun. Bagaimanapun, melihat kepada pasaran semasa, aktiviti ini boleh dilaksanakan dan mendatangkan pulangan yang lumayan.
Sumber :http://usahawanbumiputera.com/Panduan_pembenihan_ikan_Arowana.html

Ikan Hiasan
Ikan hiasan telah dicatatkan sebagai industri yang paling pesat perkembangannya dalam sektor pertanian dan ia merupakan industri berorientasikan eksport dimana 95 peratus pengeluaran negara untuk eksport.Walaupun bersaiz kecil dengan pengeluaran domestik bernilai RM80 juta pada harga ladang, ia mempunyai profail antarabangsa. Malaysia merupakan pembekal dunia ketiga penting selepas Singapura dan Indonesia dengan pegangan 7 peratus dari eksport dunia pada tahun 2000.
Di pasaran dunia, eksport negara mengalami pertumbuhan purata 24 peratus setahun dalam nilai USD bagi tempoh 1990 - 2000. Semasa tempoh kemuncak perkembangan permintaan dunia iaitu dari 1990 - 1996, eksport negara mencatatkan pertumbuhan pesat 48 peratus setahun sebelum tumbuh perlahan pada kadar purata 4 peratus setahun bagi tempoh 1996 - 2000. Pencapaian ini masih memberansangkan kerana bagi tempoh tersebut, eksport dunia menguncup pada kadar -5 peratus setahun. Pesaing-pesaing negara seperti Singapura, Jepun dan Amerika Syarikat juga mengalami penguncupan eksport pada kadar -8 peratus, -8 peratus dan -14 peratus masing-masingnya. Walaubagaimanapun, Indonesia dan Czech Republic tumbuh pada kadar 25 peratus dan 3 peratus setahun masing-masing dan merupakan pesaing terdekat negara.
Dalam nilai Ringgit Malaysia, eksport ikan hiasan tumbuh pada kadar 35 peratus setahun dengan nilai eksport RM54 juta pada tahun 2001, tertinggi di dalam sektor pertanian dan eksport negara. Malaysia masih bergantung kepada Singapura sebagai pasaran kerana kemudahan logistik yang cekap, banyak dan murah. Pengeksportan terus adalah ke negara-negara Jepun, Hong Kong, United Kingdom, Itali dan Amerika Syarikat.
Kebanyakan ikan tropika yang popular ada terdapat di negara ini dan mendapat tempat di pasaran antarabangsa. Dalam tempoh 10 tahun, industri ini telah mencatatkan pertumbuhan tahunan 43 peratus pada harga ladang dengan peningkatan nilai dari RM15 juta pada tahun 1990 ke RM80 juta pada tahun 2000.
Permintaan dunia adalah tertumpu kepada negara-negara EU (43%), Amerika (24%) dan Jepun (13%). Import dunia ikan hiasan pada tahun 2000 dianggarkan bernilai USD250.9 juta, iaitu peningkatan lebih dari 3.5 peratus dari tahun 1999 (USD242.4 juta). Ini merupakan titik pemulihan permintaan setelah dunia mengalami kejatuhan semasa krisis ekonomi dunia bermula tahun 1997. Sedikit sebanyak peristiwa September 11 menyumbang kepada pemulihan ini.
Masa depan industri ini adalah cerah. Permintaan dunia dijangka akan terus meningkat walaupun lebih perlahan pada kadar 2.5 - 4 peratus setahun. Import dunia pada tahun 2003 diramalkan bernilai USD281 juta, meningkat kepada USD303 juta pada tahun 2005. Sejajar dengan itu, eksport negara juga diramal terus meningkat kepada RM60 juta pada tahun 2003, RM73 juta pada tahun 2005 dan RM117 juta pada tahun 2010. Sumbangan ini akan meningkatkan syer pasaran negara dari 7 peratus sekarang kepada 9 peratus pada tahun 2003 dan 15 peratus pada tahun 2010. Pasaran domestik juga dijangka akan meningkat kepada RM8 juta pada tahun 2003 dan RM10 juta bagi tahun 2005. Bagi mempastikan sasaran ini di capai, beberapa strategi dan langkah-langkah perlu diambil segera lebih-lebih lagi dengan munculnya pengeluar-pengeluar utama yang baru seperti negara Thailand, China dan Taiwan.Terdapat 3 faktor penting kejayaan industri ini iaitu logistik, produk dan pemasaran. Malaysia perlu meningkatkan R&D untuk menjadi pengeluar ikan berkualiti tinggi di samping merangka skim insentif yang lebih menarik untuk menarik lebih banyak pelaburan ke dalam industri ini. Isu kecekapan, kekerapan dan kos kargo perlu diatasi dengan penuh komitmen, perancangan dan perlaksanaan program pemasaran dan pengeluaran yang bersepadu di antara kerajaan dan industri adalah perlu bagi mewujudkan sinergi kearah mencapai matlamat tersebut. Pembangunan sumber manusia yang berkesan dan sistem maklumat yang cekap dan berkesan adalah tonggak kepada kejayaan. Secara keseluruhannya, industri ini telah menunjukkan potensi yang tinggi untuk dibangunkan secara lebih serius.Keadaan pasaran dunia yang konsisten juga boleh membantu industri ini untuk berkembang dengan lebih pesat.
sumber:http://www.agribdc.gov.my/ornamental_fish

Subscribe to:
Posts (Atom)